Assalamu’alaikum…

Resepi ni saya belajar dari mak mertua. Menu ikan sambal ni memang feberet saya dan suami. Sambal ni cukup sedap kalau dimakan dengan sambal tempoyak dan ada pula ulam potai uishhhh sedapnyer… Mak mertua dah ubah sikit Cara Masak Sambal ikan Keli ni sebab habis tulang ikan dan kepala dibuang lepas ikan keli ni siap digoreng garing.

Mak mertua saya cakap dia buang tulang ikan keli ni dan ambil isi ikan keli saja sebab nak senang bila makan. Satu lagi sebab ialah isi ikan keli ni menjadi lebih mesra bila digaul dengan sambal cili api masa proses masak nanti. Menu ni macam serunding ikan pulakkan tapi memang senang nak makan sebab habis semua tulang dan kepala ikan dah tak ada lagi. Satu mertua saya guna banyak bawang besar sebab manis bawang besar tu memang sedap sangat bila digaul bersama kepedasan cili api sambal ni hhmmm… sedapnya.

Mak mertua saya bila tumis sambal ni memang dia guna banyak minyak. Sebab nak bagi sambal jadi kering so menu ni memang tak leh la di masak selalu atau kita sendiri la kurangkan minyak bila nak menumis. Okey… jom resepi bawah ini…

Artikel Lainnya:

Bahan-bahan:

  • 5 ekor ikan keli
  • 10 biji kacang botor/botol/kelisa – dihiris halus (boleh lebihkan kalau suka)
  • 6 ulas bawang putih
  • 4 ulas bawang merah
  • 1 biji bawang besar
  • 20-30 biji cili padi (bergantung jenis cili padi dan tahap kepedasan yang disukai – masakan ni mesti pedas)
  • 1 inci kunyit hidup (resepi asal tak letak)
  • 1 biji tomato ranum – dipotong dadu (resepi asal tak letak)
  • Garam dan perasa secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Cara Membuat:

  • Ikan keli dibersihkan dan direbus hingga masak. Sejukkan dan asingkan isinya. Cincang halus isi ikan keli dan ketepikan dahulu.
  • Tumbuk cili padi bersama kunyit hidup hingga lumat.
  • Panaskan minyak masak lalu masukkan isi ikan keli yang dicincang dan masak hingga nampak agak garing.
  • Masukkan bawang putih dan bawang merah yang dicincang. Masak lagi hingga bawang layu dan wangi. Masukkan cili padi yang ditumbuk dan masak hingga agak garing.
  • Masukkan tomato cincang, bawang besar, garam dan serbuk perasa secukup rasa. Jika suka boleh tambah secubit gula. Biarkan ia secukup rasa.
  • Akhir sekali masukkan kacang botor yang dihiris dan kacau rata hingga kacang botor nampak layu.
  • Angkat dan sedia dihidangkan.

Sekianlah langkah-langkah untuk membuat Sambal Pedas Ikan Keli. Kecuali bahan perasa yang telah dibincangkan di atas, anda boleh memberikan atau kuranginya mengikut citarasa yang sama. Ada kemungkinan bahawa anda akan berkhidmat dengan lebih istimewa dengan idea anda sendiri. Selamat mencuba… 😉

Read More: Ikan Siakap Kerabu Mangga Paling Mudah dan Sedap

Cara Masak Sambal Pedas Ikan Keli Ala Mak Mertua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *