Assalamu’alaikum…

Cara Masak Pais Ikan Kembong yang Mudah – Hari Minggu lepas ke Kuala lagi mencari ikan segar. Ikan kalau segar walaupun sekadar ikan kembung atau Temenung orang sini panggil, memang manis dan lemak isinya. Sedap direbus, dibuat sayur ikan atau dibakar.

Caranya sangat lah mudah, cuma susun ikan diatas daun pisang, kemudian letak sambal kelapa diatasnya. Balut dan kukus. Nak lagi sedap boleh tambah ulam-ulaman seperti daun cekur dan pucuk ubi dan bungkus sekali dalam pais tu. Memang sedap!

Lauk yang kerap didapur saya bila terasa malas nak memasak. Suka sangat ikan masak macam ini, pertama sebab mudah sangat, campurkan semua dan letak jewlah di pan. Harum satu rumah bau daun -daun dan rempah-rempah, alahaii sedapnya.. Ditambah pulak makan dengan nasi panas, ermm… sabar jew lah.

Dulu masa kami kecik-kecik emak rajin buat. Biasanya satu bungkus emak masukkan 3 ekor ikan, jadi bungkusan tu besar. Sekali masak terus dapat 3 ekor. Sekarang bila anak-anak dah berumahtangga emak dah malas nak masuk dapur. Nak menikmati hidangan dari air tangan emak memang susah. Bila teringin makan masakkan zaman kecik-kecik memang kenalah masak sendiri.

Saya pulak suka bungkus satu-satu, senang nak makan tak payah nak berebut. Saya lebih suka makan rempah-rempahnya dahulu, ikan tu ambil last-last. Perahkan sedikit limau kasturi dan tabur lagi sedikit cili potong bagi yang suka pedas. Seedaappp..

Artikel Lainnya:

Bahan-bahannya:

  • 5 ekor ikan kembong sederhana besar
  • 20 tangkai cili kering dikisar
  • 7 biji bawang merah dikisar
  • 2 biji bawang putih dikisar
  • 1/2 inci halia dikisar
  • 1/2 inci kunyit hidup dikisar
  • 2 batang serai dikisar
  • 1/4 cawan air asam jawa pekat ( digunakan untuk mengisar, sekiranya sukar boleh tambah sedikit air lagi)
  • Garam, gula dan perasa secukupnya
  • Daun pisang secukupnya
  • Aluminium foil secukupnya

Cara-caranya:

  • Gaulkan kesemua bahan-bahan kisar bersama ikan dan tambahkan dengan garam, gula serta perasa secukupnya. Ketepikan.
  • Gunting daun pisang sekadar cukup untuk membungkus seekor ikan. Letak ikan dan bahan-bahan kisar di dalamnya dan bungkus.
  • Alaskan bungkusan tadi dengan aluminium foil dan rapikan bungkusan. Buat hingga ikan dan bahan-bahan kisar habis.
  • Bakar atas api gas atau kuali serbaguna selama 15-20 minit.

Nota: Arwah emak hanya menggunakan daun pisang, tidak memasukkan serai dalam bahan kisar dan arwah tumbuk semua bahan-bahan mentah tadi dan gaulkan dengan asam jawa bersama biji-bijinya.

Semoga manfaat dan selamat mencuba… 🙂

Read More: Resepi Pais Ikan Bilis Basah Paling Lazat

Cara Masak Pais Ikan Kembong yang Mudah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *