Assalamu’alaikum…

Cara Masak Lemak Ikan Keli Salai Paling Mudah – Kenapalah mood untuk update blog ni makin suam-suam kuku ni? Tak macam dulu boleh katakan hari-hari update. Sebenarnya saya rasa begitu sedih, rasa down sangat sejak-sejak Fotopages hilang, lesap dan tak dapat dibuka sejak lebih sebulan lalu. Sedihnya rasa nukilan sejak 2 tahun yang lalu hilang sekelip mata. Begitu banyak cerita dan gambar-gambar kenangan keluarga dalam tu hilang sekelip mata! Semuanya lesap! Hanya gambar-gambar aktiviti family sebahagiannya masih ada.

Tapi hati ni tetap rasa sedih, hinggakan nak update blog pun rasa hambar je. Musnah sudah semua kenangan yang ku nukilkan di situ. Sedang berfikir samada patut atau tidak nak buat blog untuk aktiviti family atau masukkan semuanya dalam blog ni. Tapi rasa macam tak best pulak nak campur blog resepi dengan aktiviti family kan. Sekarang ni, hanya kat Facebook jelah tempat nak simpan semua gambar-gambar aktiviti family. Harap-harap blog ni tak terima nasib yang sama macam fotopages tu. Kalaulah blog pun boleh hilang lesap macam Fanpage menangis tak berlagulah jawapnya.

Okeylah, hari ni nak warm up sikit mana tau lepas ni datang rajin sikit nak update lagi dan lagi. Banyak gambar-gambar terbengkalai ni. Untuk hari ni, update resepi biasa-biasa je. Resepi yang tak pernah saya masak sebelum ni tapi tiba-tiba rasa teringin nak mencuba bila en. Suami tiba-tiba beli ikan keli 5 ekor. Ikutkan tekak saya tak berapa suka sangat dengan ikan keli atau sebarang ikan air tawar ni. hehehe…

Tapi dek kerana ingin merasa, makan jugalah sebab saya bukan kategori yang tak mau mencuba langsung. Still boleh cuba, cuma kurang gemar atau kata orang. Tak boleh nak makan banyak la. hahaha.. Jom tengok resepi bawah ni.

Artikel Lainnya:

Bahan-bahan:

  • 4 ekor ikan keli salai – saiz sederhana
  • 2 batang serai, diketuk
  • 12 biji belimbing buluh – dibelah 2 tapi tak putus
  • 1 helai daun kunyit – disiat
  • 2 biji limau kasturi – perah jusnya
  • 1 liter santan cair
  • 450 ml pati santan
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan Kisar halus:

  • 35 biji cili padi kampung, warna hijau (boleh kurangkan)
  • 2 inci kunyit hidup
  • 3 ulas bawang putih (kalau besar, guna 1 atau 2 ulas saja)

Cara-cara Membuat:

  • Masukkan bahan-bahan kisar halus ke dalam periuk.
  • Masukkan juga serai yang diketuk dan santan cair. Kacau rata dan masak hingga mendidih.
  • Masukkan ikan keli salai dan daun kunyit. Kacau perlahan dan masak sekejap.
  • Tuang pati santan, kacau. Biar mendidih dengan api sederhana.
  • Masukkan belimbing buluh. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula.
  • Kacau perlahan-lahan dan masak sekejap lagi.
  • Akhir sekali masukkan jus limau kasturi, kacau dan biar mendidih dengan api kecil.
  • Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  • Hidangkan bersama nasi dan lauk-lauk lain.

Beberapa Kebaikan Ikan Keli: Omega yang terdapat dalam ikan keli ini mempunyai banyak kelebihan dan kebaikan. Ia amat bagus bagi pertumbuhan otak dan pembesaran kanak-kanak, kerana kandungan DHA yang terdapat di dalamnya. Jumlah tahap DHA yang rendah dalam otak manusia boleh menjurus seseorang kepada penyakit tekanan jiwa. Kebaikan omega lain, berupaya mngurangkan risiko penyakit darah, mengurangkan risiko pembekuan darah yang menjadi puncak utama kepada penyakit jantung serta mengurangkan kandungan kolesterol di dalam badan.

Selamat mencuba… 🙂

Read More: Cara Masak Gulai Lemak Ikan Keli Lembut

Cara Masak Lemak Ikan Keli Salai Paling Mudah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *