Assalamu’alaikum…

Cara Masak Keli Singgang Pedas dan Faedah Keli – Masakan kegemaran seluruh keluarga. Bila sebut ikan keli, anak-anak akan bersedia lebih cepat di meja makan. Saya pula biasanya akan masak nasi lebih daripada biasa. Kalau diikutkan suami saya tak suka makan ikan patin, keli, haruan tapi semenjak kami kahwin dah jadi kegemarnnya.

Selain daripada masak tempoyak, ikan keli enak dipanggang dan yang menjadi kegemaran anak-anaksaya ialah Singgang Pedas ala Terengganu. Hari ni saya nak kongsi resepi family saya ni, cukup mudah dan sihat sebab tanpa santan. Cara penyediaan yang cepat dan mempunyai rasa yang berbeza, berbaloi memasaknya sebab anak-anak saya sukakan kuah yang masam dan kombinasi ikan keli yang lemak memang mantap.

Apabila kunyit hidup, lengkuas, asam keping, daun kesum mesra dengan isi keli, ikan keli sedap dengan isi yang lembut dan segar memang sedap. ikan keli yang kaya dengan omega 3, baik untuk menurunkan kolesterol dan baik untuk jantung. Jom kita tengok resepinya yang simple bawah ni.

Artikel Lainnya:

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan keli saiz sederhana besar
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 biji cili merah
  • 3 biji cili api merah – ni kalau nak lebih pedas
  • 1/2 in kunyit hidup
  • 3 hiris lengkuas
  • 3 keping asam keping
  • Secubit belacan – jika suka
  • Garam
  • Sedikit gula – jika suka
  • Daun kesum
  • Air

Cara Membuat:

  • Blend/kisar bawang merah, bawang putih, cili merah, cili api, kunyit hidup dan belacan.
  • Masukkan ke dalam periuk (kalau guna periuk tanah lagi sedap) dan masukkan air secukupnya.
  • Masukkan juga asam keping dan lengkuas.
  • Masaklah hingga kuah mendidih dan masukkan ikan keli serta garam.
  • Tunggu sehingga kuah mendidih baru la dimasukkan daun kesum.
  • Masakkan sekejap lagi baru la dipadamkan api.
  • Hidangkan panas-panas dengan nasi putih dan sambal belacan.
  • Jangan lupa ulam-ulaman.. lagi syok!

Beberapa Faedah Ikan Keli untuk Kesihatan Tubuh:

  1. Merendahkan paras kolesterol di dalam darah. Paras kolesterol di dalam darah akan tinggi adalah pencetus utama bagi bermulanya penyakit arteri koronari dan angin ahmar, ia adalah disebabkan terutamanya oleh corak hidup yang kurang sihat.
  2. Mencegah dan merawat penyakit jantung koronari. Penyakit jantung koronari terutamanya berlaku jika terdapat sebuah penyempitan saluran darah tersumbat.
  3. Tekanan darah yang lebih rendah. Tekanan darah tinggi adalah satu fenomena yang sangat banyak pada masa ini, penyakit ini dipengaruhi oleh corak hidup yang kurang sihat serta metabolisme.
  4. Menormalkan paras gula.
  5. Merawat reumatisme. Reumatik atau Osteoartritis adalah penyakit yang terjadi akibat radang sendi. Penyakit ini menyebabkan kesakitan, menghalang pergerakan dan boleh menyebabkan hilang upaya jika tidak ditangani.
  6. Menghalang dan memperbaiki strok. Strok berlaku apabila salur darah yang di dalam otak pecah atau tersumbat.
  7. Omega 6 boleh mengelakkan berlakunya strok kerana ia boleh mengurangkan tekanan darah, paras kolesterol yang lebih rendah pada masa yang sama menormalkan tahap gula dalam darah seperti yang disebutkan di atas.

Seperti itulah apa yang saya boleh kongsikan pada kesempatan kali ni. Semoga boleh memberi manfaat untuk kita semua. Selamat mencuba resepinya ye… 😉

Read More: Resepi Gulai Ikan Cencaru yang Sedap dan Mudah

Cara Masak Keli Singgang Pedas dan Faedah Keli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *