Assalamu’alaikum…

Cara Masak Kari Ikan Keli yang Wajib Cuba – Hari ni kita main masak-masak. Saya nak share satu resepi kari ikan paling sedap atau dipanggil gulai ikan. Resepi ni saya belajar dari mak mertua saya. Mak memang pandai masak. Maklumla.. air tangan mak, masak apa pun sedap, cukup rasa, cukup masam, cukup garam semuanya sempurna.

Serius saya cakap, resepi ni memang sedap dan tatkala anda menumis, percayalah bau harum dia sangat wangi tak macam anda tumis kari biasa. Dan resepi ni jugalah, kawan saya, saudara mara dan adik-beradik sebelah saya puji yang kari saya buat rasanya sangat sedap sampaikan mintak resepi laling saya aka my suami?hehehe… Dia tak cakap depan tapi kalau tengok menambah tu, in shaa Allah memang sedap la tu. Lulus la ujian walaupun masakan mak tetap di hati.

Keluarga suami saya ramai, 9 orang semuanya dan adik-adik ipar saya pun semuanya terer bab masak. Ada sorang adik ipar saya ni yang kami panggil Siti, dialah yang paling ligat di dapur. Suami Siti pun sama, Reihan pandai masak juga lagi-lagi makanan barat. Kalau time cuti, balik kampung ramai-ramai terutamanya time raya, memang ada ja menu sedap-sedap yang disediakan. Bakar ayam, bakar ikan, kuah percik, tomyam, buat barbeque, nasi ayam, nasi arab sebut ja memang macam main masak-masak. Teringin nak makan apa, terus jadi. heheeee…

Resepi kari ikan paling sedap ni pun mak mertua saya belajar dari orang lama, orang dulu-dulu dan juga tambahan petua dari orang yang meniaga kari ikan yang sedap. Jom kita tengok resepinya. Ops satu lagi, resepi ni ada yang takdak sukatan tepat. Jadi, dari segi rasa masin masam kena ikut selera masing-masing ya… 😉

Artikel Lainnya:

Bahan-bahan:

  • 4 ekor ikan keli dikerat 2
  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • Sedikit halba
  • Sedikit biji sawi
  • 4 sudu besar serbuk kari ikan
  • 2 batang daun kari
  • 1 mangkuk santan
  • 1/2 mangkuk air asam jawa
  • 8 batang kacang bendi

Cara Membuat:

  • Panaskan minyak di dalam kuali, tumiskan bawang merah, bawang putih, halba, biji sawi dan daun kari sehingga kekuningan dan naik wangi
  • Kemudian masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan sedikit air. Masak sehingga kari pecah minyak.
  • Selepas itu masukkan santan, jika pekat tambah sedikit air dan air asam jawa. Kemudian masukkan kacang bendi masak sehingga bendi lembut. Jangan lupa masukkan garam serta perasa.
  • Akhir sekali masukkan ikan keli dan masak ikan sehingga masak. Biarkan mendidih seketika dan siap kari ikan keli.

Petua Dari Orang Tua: Ketika menumis serbuk kari, hendaklah sehingga benar-benar pecah minyak dan garing sedikit menggunakan api yang kecil atau sederhana saja barulah di masukkan air asam jawa, santan dan air. Kalau menggunakan api yang besar, rempah mudah hangit dan tidak masak serata. Selain dari itu ikan juga hendaklah di bersihkan dengan limau nipis serta garam atau dengan asam jawa, untuk menghilangkan bau hanyir dan menjadikannya enak untuk di masak.

Semoga bermanfaat untuk semua, selamat mencuba… 😉

Read More: Cara Masak Ikan Rohu Tiga Rasa yang Patut Dicuba

Incoming search terms:

Cara Masak Kari Ikan Keli yang Wajib Cuba

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *