Assalamu’alaikum…

Cara Masak Ikan Rohu Tiga Rasa yang Patut Dicuba – Memang sedap masakan ini, bukan lagi Tiga rasa tapi ada pelbagai rasa di dalamnya. Ada sedikit rasa masakan ala Thailand apabila saya menggunakan sedikit sos ikan di dalamnya. Saya memang sukakan rasa dan bau bunga kantan dan daun limau purut, yang menambahkan lagi keenakan rasa isi ikan. Tapi, syarat utama untuk menyediakan lauk ikan yang sedap ialah dengan menggunakan ikan segar kerana isi ikannya masih manis.

Kalau nak tahu bagaimana sedap nyer rencah ikan hari ini, sehingga anak saya semasa makan asyik menyebut, “Esok Bonda masak ayam macam ni juga tau”. Maknanya bukanlah ikan yang sedap pada anak saya tapi rencah yang menyaluti ikan tu lah yang sangat sedap. Berkali-kali dia berpesan supaya memasak lauk ini lagi esok tetapi menggunakan ayam pula. Sekembali dari surau, anak saya meminta saya memasak nasi lagi kerana ingin menghabiskan ikan yang sebelumnya saya minta disimpankan sedikit untuk adiknya.

Memang lama betul rasanya saya tak menanak nasi seperti ini. Semasa kecil dulu, nasi dimasak dengan cara ditanak atas dapur kayur api. Memang kena pandai mengagak bara yang akhir supaya nasi tidak berkerak. Dulu petang petang, kena ke hutan belakang rumah mencari kayu api dan tempurung serta sabut kelapa untuk memasak. Kalau musim tengkujuh, kenalah banyak menyimpan stok kayu api.

Kalau dengar cerita anak saya di atas, pastinya lauk ini sangat sangat patut dicuba. Lepas ini, saya nak cuba lagi resepi ini tetapi menggunakan ikan yang digoreng pula. Jika ada yang ingin mencubanya, saya sertakan di bawah ini Resepi Ikan Rohu Tiga Rasa.

Artikel Lainnya:

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan siakap – saya guna ikan rohu
  • 100 ml air – boleh tambahkan air kalau nak kuah lebih
  • 2 camb minyak – untuk menumis
  • Garam secukupnya

Bahan Cincang Halus:

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 cm halia muda
  • 2 biji cili merah

Bahan Dihiris Halus:

  • 1/2 kuntum bunga kantan
  • 2 helai daun limau purut
  • 4-5 biji cili padi

Bahan-Bahan Sos:

  • 2 camb cili kisar
  • 1 camb sos tomato
  • 2 camb sos plum – tukar ke sos cili thai sebab sos plum takde
  • 2 camb gula pasir
  • 2 camb sos cili
  • 1 camb jus limau nipis
  • 1 camb kicap manis

Cara Memasak:

  • Sediakan kukusan. Lumurkan ikan dengan garam dan biarkan selama 10 minit.
  • Letakkan ikan di dalam pinggan yang dilengser dengan sedikit minyak dan air.
  • Kukus hinga ikan masak. (saya goreng je)
  • Sementara itu, dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumiskan bahan-bahan cincang selama 1 minit.
  • Masukkan bahan-bahan sos dan kacau rata.
  • Bila mendidih, masukkan bahan-bahan hiris, air kukusan ikan dan garam.
  • Masak hinga kuah pekat sedikit dan tuangkan ke atas ikan tadi.
  • Makanlah bersama nasi putih dan ulam-ulaman.

1 bahagian ikan ni jugak aku bagi kat jiran sebelah. Bahan-bahan yang di gunakan tak terlalu rumit dan yang penting sedap. Kalau nak tambah rasa masam, boleh letak nenas. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat bagi semua… 😉

Read More: Kari Ikan Cencaru yang Sedap Bersama Faedah Bendi

Incoming search terms:

Cara Masak Ikan Rohu Tiga Rasa yang Patut Dicuba

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *