Assalamu’alaikum…

Cara Masak Ikan Keli Sambal Merah – Anda kenal dengan ikan keli? Kalau tidak kenal, cuba pergi ke pasar dan tengok pak cik mak cik yang jual ikan ada misai. Banyak yang jual ikan keli di pasar-pasar basah dalam keadaan masih hidup. Agaknya memang ikan ni tidak sesuai jika letak lama dalam peti sejuk. Tidak macam ikan laut, ikan air tawar lebih cepat berbau. Ada orang yang suka makan ikan keli, tetapi ada juga yang tidak suka sebab bau kot.

Saya memang suka membeli banyak cili, bawang merah, bawang putih, daging ayam dan semua kelengkapan dapur, tetapi jarang membeli ikan kerana harganya mahal. Hari ini saya cuba masak ikan keli sahaja. Ikan keli murah sahaja dibandingkan dengan ikan-ikan lain di pasar. Saya akan masak Ikan Keli Sambal Merah. Memang sedap ikan keli dibuat macam ini.

Minggu lepas suami ada ambil beberapa ekor ikan keli kat rumah mak mertua saya. Bapa mertua saya la ada bela ikan keli dengan talapia. Kebetulan en suami suruh buat sambal ikan keli, Ida kata boleh buat tapi siang dulu ye ikan tu.nhehehe…Tak pandai nak siang ikan keli, leceh. Okey… Masak Ikan Keli Sambal Merah ni saya main campak-campak je.

Artikel Lainnya:

Bahan-bahanya:

  • 4 ekor ikan kelil saiz sederhana ( potong dua bahagian) kalau ikan tu kecil tak payah potong
  • 2 ulas bawang putih
  • 4 ulas bawang merah
  • 6 biji cili merah
  • Sedikit air asam jawa
  • 4 biji cili padi ( boleh tambah jika mahu lebih pedas)
  • 1/2 bji limau kasturi ( diperah jusnya)
  • 1 sudu besar gula merah@nisang@gula
  • 2 sudu besar cili kisar ( cili boh)
  • Sedikit belacan ( tak letak pun takpe)
  • Sedikit hirisan bawang besar ( ni tak nak letak pun takpe)
  • ” nak lebih wangi ros masukkan juga 1 batang kulit kayu manis “.

( ikan keli di gaul dengan garam, kunyit dan sedikit tepung kentang@tepung beras, ketepikan, fungsi ros masukan sedikit tepung kanji kentang ni, supaya ikan keli lebih garing apabila siap digoreng)

Cara-caranya:

  • Goreng ikan keli hingga garing, angkat dan toskan, kemudian kisar halus bawang merah, bawang putih, cili padi, belacan dan cili merah, masukan 1/2 cawan air supaya semua bahan mudah dikisar.
  • Selepas itu panaskan sedikit minyak dan masukan kulit kayu manis dan cili kisar, tumis hingga naik bau, baru masukkan bahan yang diblender tadi, masukkan juga gula merah dan garam, kacau selalu, setelah agak garing baru masukkan sedikit air asam jawa dan jus perahan limau kasturi, kacau sebati. sesuaikan rasa, masukkan garam. Biarkan sambal betul-betul masak dan agak pekat.
  • Akhir sekali masukkan hirisan bawang besar dan kacau beberapa minit.
  • Curahkan sambal cili merah ini di atas ikan keli goreng tadi dan sedia untuk dihidangkan.

Cara menghilangkan hanyir ikan keli: Perahkan beberapa biji limau (Sue gunakan 3 biji limau kasturi) dan gaulkan pada ikan bersama garam kasar. Biarkan anggaran 15-20minit. Bilas dengan air bersih.

Petua mengelakkan ikan keli meletup sewaktu menggoreng: Perisakan ikan dengan garam dan kunyit, lumurkan sedikit tepung jagung dan terus goreng seperti biasa. In Shaa Allah ikan keli tidak akan meletup dan sedap isinya.

Selamat mencuba… 🙂

Read More:  Resepi Ikan Selar Masak Asam

Incoming search terms:

Cara Masak Ikan Keli Sambal Merah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *