Assalamu’alaikum…

Cara Masak Ikan Jenahak Bakar Sambal Kelapa Rasa Terbaiiik – Ikan jenahak selain sedap dimasak asam pedas, pada saya ia juga sedap dibakar. Untuk menambahkan keenakkannya, perlulah ada sambal. Sedap juga jika dibakar dan dicicah dengan air asam.

Ikan jenahak mempunyai kandungan nutrien yang kompleks. Ikan ini dipercayai mengurangkan triglycerides, sebuah asid yang mengalir dalam urat-urat manusia kerana manusia memakan makanan yang mengandungi glukosa.

Time ni saya tak pernah buat asam pedas. So, saya bakor jer ler yang retinyer. Hihi… Disebabkan taknak dikata bakar kosong, saya sertakan dengan sambal. Takyah buat lauk lain yang berkuah dah. Kawan dengan sayur goreng dah cukup. Takpun telur dadar. Jom la tengok cara saya masak.

Bahan-bahan:

  • 1 ekor Ikan jenahak
  • 1 biji limau kasturi
  • 1 sudu besar madu
  • Sedikit garam
  • 1-2 sudu besar minyak masak
  • 1 helai daun pisang (untuk membalut Ikan)

Bahan Bahan Kisar:

  • 1 cawan kelapa parut
  • 4-5 batang cili merah/hijau
  • 4-5 biji cili padi.
  • 1 inci kunyit/kunyit serbuk
  • 5-6 biji bawang merah
  • 2-3 bawang putih
  • 2 batang serai (dihiris)
  • 1 helai daun kunyit (dihiris)

Cara Membuat:

  • Bersihkan Ikan dan keringkan.
  • Kisarkan bahan bahan kisar hingga halus, masukan garam dan madu, perahkan sedikit sebiji limau sebagai perasa.
  • Letakan diatas daun pisang dan sapukan ikan dengan bahan kisar diluar dan dalam ikan tadi.
  • Tuangkan sedikit minyak keatas ikan. Bungkuskan ikan dengan daun pisang supaya menutupi kesemua ikan (saperti digulung)
  • Panaskan ketuhar selama 10 minit dalam mode ‘Grill’.
  • Bakar ikan selama 30 minit, kemudian balikkan dan bakar lagi selama 30 minit.
  • Jika dirasa telah matang, tutup api dan hidangkan.
  • Sangatlah sedap bila dihidang bersama nasi hangat.

Tips:
Pastikan anda tidak menggunakan api yang terlalu kuat ketika memanggang ikan kerana untuk mengelakkan dari iklan dari terlebih masak, ini akan menyebabkan ikan kehilangan lembapan dan menjadi terlalu kering atau keras.

Mungkin cukup dari saya, mudah-mudahan artikel ini berguna untuk anda. Boleh memberi inspirasi kepada anda tentang bagaimana untuk memasak ikan jenahak yang mudah dan sedaaappp… Sesuai untuk orang yang baru belajar memasak untuk keluarga.

Selamat mencuba dan semoga berjaya… 😉

Read More: Cara Masak Ikan Kerisi Sos Tiram yang Mudah dan Faedah untuk Tubuh

Cara Masak Ikan Jenahak Bakar Sambal Kelapa Rasa Terbaiiik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *