Assalamu’alaikum…

Saya tahu Cara Masak Gulai Lemak Ikan Keli Lembut ni lepas kahwin dengan suami yang asalnya dari Jelebu , Nogori Sembilan. Kat kampung suami semuanya disalai macam burung puyuh, daging, ikan keli/talapia. Dulu-dulu peti ais tak de jadi cara nak simpan makanan supaya makanan tahan lama semua makanan mentah macam ikan keli disalai guna bara api. Menu ikan keli salai masak lemak cili api ni adalah favorite suami saya.

Memang sedap masak Gulai Lemak Ikan Keli Lembut ni. Saya beli masa on the way balik dari bercuti kat Pengkalan Balak Melaka. Saya beli ikan keli ni di gerai tepi jalan kat Rembau, N.Sembilan. Walaupun masa tu hujan agak lebat juga tapi saya minta suami berhenti juga kat gerai ni sebab susah nak cari ikan yang fresh. Cara nak masak ikan keli ni pun senang je tapi yang penting sekali mesti guna santan kelapa yang fresh dan kunyit hidup baru sedap masak lemak cili api macam mak mertua saya masak, sedap betul la Mak masak. heheee…

Artikel Lainnya:

Bahan-bahan:

  • Ikan keli lembut
  • 4 cili kering
  • 1 inci kunyit hidup
  • Beberapa hiris lengkuas
  • 4 bawang merah
  • Sedikit rempah ketumbar
  • Asam keping
  • Garam gula
  • Sedikit daun kesum

Cara-cara Penyediaan:

  • Basuh ikan bersih dan toskan. Ketepikan.
  • Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang merah hingga keperangan.
  • Kisar kesemua bahan di atas kecuali asam keping dan daun kesum.
  • Masukkan bahan kisar, asam keping dengan santan sehingga menggelegak.
  • Kacau sentiasa supaya santan tak pecah minyak.
  • Bila dah menggelegak, masukkan ikan dan kacau rata.
  • Masukkan garam, gula dan daun kesum.
  • Bila kuah dah mendidih dan agak sebati tu dah boleh matikan api. Sedia untuk dihidangkan.
  • Tambah selera lah jika dihidang bersama nasi putih yang hangat.

Tips Basuh Ikan Keli Supaya Tak Hanyir:

  1. Sebelum basuh biasanya aku akan hiris dulu bahagian telinga (aku cakap dengan anak) dekat area duri kiri kanan kepala dia tu, betul-betul bawah pada duri tu. Hiris sikit dan keluarkan ketulan darah kat bhagian dalamnya. Mak aku penah ajar dia kata benda tu (ketulan darah) tu yang buat ikan hanyir.
  2. Biasanya aku akan basuh ikan yang berbau macam ni terutama ikan sungai dengan asam jawa dengan garam sikit. Saya lumur dulu dengan asam jawa dan garam. Lepas tu aku biarkan kejap dalam 10 minit macam tu baru basuh bersih-bersih.
  3. Lepas tu baru letak garam, kunyit dan goreng.

Selamat mencuba apa yang dah saya kongsikan diatas. Semoga bermanfaat dan semoga berjaya… 😉

Read More: Cara Masak Keli Singgang Pedas dan Faedah Keli

Cara Masak Gulai Lemak Ikan Keli Lembut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *