Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.

Bertemu kita sekali lagi di hari Minggu yang indah ini. Lama tak makan Pulut Serunding Ikan buatan sendiri. Gara-gara dah teringin sangat, malam tadi saya mengigihkan diri untuk masak pulut dan serunding sekali. Kira malam tadi tidur lenalah bila hajat nak buat dan makan Pulut Serunding Ikan ni kesampaian. Alhamdulillah… sedap tak terkata. Bayangkan dah pukul 10 malam mengukus pulut dan buat serunding, suami senyum je. Siap tanya lagi, buat apa bon… malam-malam ni, tidur je…lah…. hahaha…

Keluarga kat rumah memang suka sangat dengan pulut serunding ikan tu. Anak-anak juga pasti nambah makannya bila dah makan pulut ni. Suami juga tak kalah dengan anak-anak bila dah menyantap pulut nie. Pokonya ramai lah bila dah ada pulut ni… tambah senang je rasa hati ni tengok keluarga senang. Sampai-sampai yang buat masakan ni pun cuma dibagi dikit. huhuhu…

Pada peminat pulut serunding tu, bolehlah buat ya, memang sedap.

Artikel Lainnya:

Bahan-bahan:

  • 1 kg beras pulut – cuci dan rendam sekurang2nya 3 jam dan toskan
  • 2 1/2 cawan santan
  • 1 sudu kecil garam
  • Sedikit gula
  • Air secukupnya untuk mengukus

Bahan Serunding: Resepinya seperti di sini…

Untuk Pulut :

  • Beras pulut dibersihkan kemudian direndam dalam air selama 3-4 jam.
  • Toskan beras pulut, kemudian dikukus hingga separuh masak (naik wap).
  • Campurkan garam dan gula ke dalam santan.
  • Angkat pulut, masukkan ke dalam mangkuk besar kemudian gaulkan dengan santan dan kacau rata .
  • Masukkan semula ke dalam pengukus dan kukus lagi hingga masak. Angkat dan sejukkan.

Untuk Pulut Serunding:

  • Ambil sedikit pulut dan kepalkan.
  • Golek dengan serunding sehingga membaluti pulut. Bolehlah dihidangkan.

Mari bersama kita tengok 6 faedah beras pulut seperti yang tertera kat bawah nie:

  1. Awet Muda; Mengembalikkan seri kulit dan awet muda akibat peningkatan umur dan pancaran matahari.
  2. Kaya Dengan Pelbagai Vitamin; Mengandungi vitamin B1, B2, B3, B5, dan B6, vitamin terserap air dari kumpulanB-kompleks. Vitamin-vitamin nie berperanan penting menyihatkan penglihatan menghasilkan hormon dan amat berguna pada sistem saraf dan fungsi metabolisme tubuh.
  3. Menghilangkan Kesan Parut; Menghilangkan kesan parut luka dan memutihkan wajah serta badan.
  4. Menyegarkan Kulit; Membantu memulihkan kulit yang pucat dan kusam untuk kembali segar.
  5. Membekalkan Oksigen; Kandungan zat di dalamnya membekalkan oksigen kepada sel-sel darah merah.
  6. Menghaluskan Kulit Wajah; Menanggalkan daki dan sel-sel kulit mati serta menghaluskan kulit wajah.

Ternyata memang sedaplah pulut serunding ni… Apa lagi.. jom kita makan!!! Semoga bermanfaat bagi yang dah baca. Selamat mencuba… 😉

Read More: Menu Kegemaran. Siput Sedut Masak Lemak Cili Api

Cara Buat Pulut Serunding Ikan Mudah dan Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *