Assalamu’alaikum…

Cara Buat Ikan Tongkol Goreng Masak Asam Jawa yang Sedap – Waktu-waktu macam ni mesti semua dah siap makan tengahari kan? Kalau saya sendiri, hari bekerja waktu makan memang ikut jadual waktu lunch pukul 12.00 -> 1.00 pm. Tapi kalau hari cuti kadang-kadang tu pukul 2 atau 3 petang baru jumpa nasi. Apa taknya sarapan pun kadang-kadang tu lewat, jadi perut masih terasa kenyang. hehehe…

Oklah, hari ni saya nak berkongsi lauk feberet saya atau senang kata. Lauk ni selain boleh dimakan dengan nasi putih boleh juga di makan dengan nasi lemak. Hanya di Trengganu je boleh jumpa nasi lemak yang dimakan dengan sambal ikan tongkol/ikan aye macam ni. Serius bagi selera saya memang sangat-sangat sedap!!! Resepi asalnya dari sepupuku Laila (adik Ida Norlina). Pernah beberapa kali mencuba buat sendiri, tapi rasanya tak sama seperti yang dimakan kat Trengganu terutama masakan mak sedara saya Laila. Layari juga channel youtubenya klik di SINI.

Bila dapat resepinya dicuba, barulah rasanya sama. Rupa-rupanya walaupun bahan-bahannya sama, tapi sukatan memainkan peranan jugak. Kalau kurang sukatan bawang atau gulanya, rasanya dah lari sikit. Kalau kawan-kawan nak cuba & nak rasa keaslian rempah-rempah ini, cubalah ye tapi jangan kurangkan sukatan bahan-bahan yang telah dituliskan. Nanti rasanya pasti tak sama seperti yang sepatutnya. Saya pesan awal-awal ni bukan apa, takut ada antara kawan-kawan yang bimbang tengok sukatan gula sebanyak 2 sudu asam jawa tu. hehehe…

Ok.. meh tengok resepi! Terima kasih kepada moksu & Laila yang sudi berkongsi resepi.

Resepi Masakan Ikan Lainnya:

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan tongkol segar sederhana besar-potong-potong dan cuci bersih
  • 1-2 sudu makan asam jawa
  • 1 sudu makan penuh garam-letak lebih sedikit agar senang meresap
  • Serbuk perasa-tak letak pun takpe
  • 1-2 batang serai-diketuk (untuk aroma serai-tak letak pun takpe)
  • 1 cawan minyak untuk menggoreng

Cara-cara Membuat:

  • Lumurkan asam jawa pada keseluruhan isi ikan dan gaulkan kesemua bahan lain bersama ikan kecuali minyak masak.
  • Rasa sedikit dengan hujung jari, harus terasa garamnya sebelum diperap.Perap sekurang-kurangnya setengah jam sebelum digoreng.
  • Jangan goreng ikan terlalu lama kerana isi ikan tongkol yang garing rasanya agak kering.

Sangat mudah dan senang kan untuk membuat resepi Ikan Tongkol Goreng Masak Asam Jawa ini?… Sila cuba di rumah dan jangan lupa untuk terus melawat blog masakan saya. Saya akan sentiasa berkongsi resepi yang memudahkan untuk mengatasi masalah dapur anda. Jika anda masih mahu resepi lain untuk melihat resepi yang telah kami sediakan dalam laman carian. Jangan lupa untuk share dengan rakan-rakan yang lain, jika anda menyukai apa yang telah saya kongsikan. Semoga yang telah dikongsikan dapat bermanfaat. Selamat Menucuba…

Read More: Resepi Ikan Bawal Masak Sambal Lazat yang Istimewa

Cara Buat Ikan Tongkol Goreng Masak Asam Jawa yang Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *