Assalamu’alaikum

Cara Buat Ikan Bawal Sambal Hijau Sedap dan Simple – Allahumma innaka afuwwun karimun tuhibul afwa fa’fuanni” (Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yang meminta ampun, maka ampuni lah aku), doa yang Rasulullah saw ajar pada Aisyah r.a jika bertemu dengan malam Lailatul qadar. Sama-sama kita baca la selalu doa ni sepanjang bulann yang mulia ni semoga Allah SWT ampun dan terima doa-doa kita.

Pestime rasanya beli ikan bawal semenjak duk sni, sebabnya jarang ada jual kat pasar. Kalau ada pun saiz besar sungguhh, ni pun beli yang frozen kat pasaraya, tapi gedebak jugak dekat 1kg, jenuh la nak perabis dengan suami..bermalam dalam peti la jugak nak bleh perabisnya sebab anak-anak takmkn ikan. Amik kuah je..maz suka bhagian tepi-tepinya tu..krup krap.. Terima kasih sekli lagi pada yang sudi singgah dapur yang tak seberapa ni. Semoga ada yang dapat dimanfaat bersama dan mohon maaf atas segala khilaf. InysaaAllah semoga ketemu lagi. Sila layari juga channel youtube klik di SINI:

Bahan-bahan:

  • 2 ekor ikan bawal
  • 1/2 cawan santan
  • Sedikit air jika perlu
  • 1 biji bawang besar, dipotong bulat
  • 2 biji limau kasturi-ambil jusnya
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak

Bahan Kisar:

  • 4 biji bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 tangkai cili hijau
  • 10 biji cili padi hijau
  • 2 sudu besar ikan bilis, cuci dan toskan
  • Sedikit belacan

Cara-cara Membuatnya:

  • Ikan dicuci bersih,kelar-kelar sedikit, lumur dengan sedikit kunyit dan garam, goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan ketepikan dulu.
  • Panaskan minyak, tumis bahan kisar halus hingga terbit minyak.
  • Masukkan santan, gula dan garam secukup rasa. Masak hingga mendidih.
  • Masukkan ikan dan potongan bawang besar, gaul rata dan masak hingga pekat dan bawang lembut.
  • Akhir sekali masukkan jus limau kasturi, gaul rata dan angkat. Hidangkan panas.

Sangat mudah dan senang kan untuk membuat resepi Ikan Bawal Sambal Hijau ini?… Sila cuba di rumah dan jangan lupa untuk terus melawat blog masakan saya. Saya akan sentiasa berkongsi resepi yang memudahkan untuk mengatasi masalah dapur anda. Jika anda masih mahu resepi lain untuk melihat resepi yang telah kami sediakan dalam laman carian. Jangan lupa untuk share dengan rakan-rakan yang lain, jika anda menyukai apa yang telah saya kongsikan. Semoga yang telah dikongsikan dapat bermanfaat. Selamat Mencuba…

Read More: Cara Membuat Sotong Bakar Paling Mudah dan Simple Sangat

Cara Buat Ikan Bawal Sambal Hijau Sedap dan Simple

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *