Assalamu’alaikum…

Asam Pedas Tongkol Ala Terengganu Paling Mudah dan Sedap – Waktu-waktu macam ni mesti semua dah siap makan tengahari kan? Kalau saya sendiri, hari bekerja waktu makan memang ikut jadual waktu lunch pukul 12.00 -> 1.00 pm. Tapi kalau hari cuti kadang-kadang tu pukul 2 atau 3 petang baru jumpa nasi. Apa taknya sarapan pun kadang-kadang tu lewat. Jadi perut masih terasa kenyang. hehehe…

Okeylah.. hari ni saya nak berkongsi lauk feberet saya atau senang kata.. lauk feberet orang-orang Pantai Timur terutama Trengganu Darul Iman. Lauk ni selain boleh dimakan dengan nasi putih boleh juga di makan dengan nasi lemak. Hanya di Trengganu je boleh jumpa nasi lemak yang dimakan dengan sambal ikan tongkol/ikan aye macam ni serius bagi selera saya, memang sangat-sangat sedap!!! Resepi asalnya dari sepupu saya.

Pernah beberapa kali mencuba buat sendiri, tapi rasanya tak sama seperti yang dimakan kat Trengganu terutama masakan mak sedara saya. Bila dapat resepinya, dicuba, barulah rasanya sama! Rupa-rupanyanya walaupun bahan-bahannya sama, tapi sukatan memainkan peranan jugak. Kalau kurang sukatan bawang atau gulanya, rasanya dah lari sikit. Kalau rakan-rakan nak cuba dan nak rasa keaslian sambal ini, cubalah ye tapi jangan kurangkan sukatan bahan-bahan yang telah dituliskan. Nanti rasanya pasti tak sama seperti yang sepatutnya.

Ok.. meh tengok resepi! Terima kasih kepada sedara saya yang sudi berkongsi resepi.

Artikel Lainnya:

Bahan-bahan:

  • 2-3 keping isi ikan tongkol – bersihkan
  • 100gm cili kering – kisar
  • 50gm bawang besar – kisar
  • 5gm belacan
  • 200ml air
  • 50ml minyak masak
  • 1 tangkai daun kesum
  • 1 batang bunga kantan – racik kasar
  • 5gm garam
  • 3gm serbuk perasa
  • 20ml air asam jawa
  • 1 biji tomato – belah empat

“Tidak perlu masukkan belacan jika tidak sukakan bau dan rasanya atau ada alahan”

Cara-cara Memasak:

  • Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bahan kisar dan belacan hingga terbit bau dan memekat.
  • Masukkan air dan air asam jawa. Kemudian masukkan daun kesum dan bunga kantan.
  • Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukup rasa. Biarkan ia mendidih.
  • Setelah itu masukkan isi ikan dan biarkan selama tiga minit sambil dikacau perlahan.
  • Masukkan tomato dan tutup api.
  • Angkat dan sedia dihidangkan.

Jika anda suka asam pedas, di bawah saya juga berkongsi petua untuk membuat asid pedas yang lazat.

Petua untuk Membuat Asam Pedas:

  1. Gunakan ikan segar kerana kuah asam pedas automatik sedap dan manis jika kita guna ikan segar berbanding dengan ikan lama. ( ikan yang tak segar masak apa pun tak sedap!)
  2. Jangan guna cili boh atau cili kisar yang di jual dipasaran kerana bahan pengawetnya mencacatkan rasa. Guna cili kering dan kisar sendiri.
  3. Gunakan kunyit hidup. (Jangan guna serbuk serbuk kunyit, kerana rasanya tak sedap)
  4. Untuk pekatkan kuahnya jangan lebihkan cili kering kerana ia akan meningkatkan kepedasannya. Kisar 2-3 biji buah tomato dan masukkan kedalam tumisan asam pedas.
  5. Confirm kuah akan pekat. Lagi pula buah tomato sangat baik untuk kesihatan kerana ia mengandungiLikopen ( antioksida ).
  6. Semasa menumis cili dan bawang pastikan ia betul-betul telah naik minyak barulah di tambah air.
  7. Sesuaikan rasa ikut citarasa masing-masing. Seimbangkan rasa masin dan masam lebih sedikit berbanding rasa manis.
  8. Ikan yang sedap dimasak asam pedas, sembilang, tenggiri, kembung, patin dan mayong. Ikan-ikan lain boleh juga, tak ada masalah.
  9. Bahan sampingan yang sesuai di masukkan dalam masakan ini ialah nenas, belimbing buluh, mangga muda, bendi, terung, daun kesum, bunga kantan, daun limau purut dan daun buas.
  10. Gunakan bahan tersebut bertukar-tukar untuk mengelakkan kebosanan dengan rasa asam pedas yang sama.

Sila cuba resepi yang saya kongsikan dalam blog ini. Semoga bermanfaat dan boleh membantu anda untuk membuat makanan untuk keluarga tercinta dan sayang anda di rumah. Selamat mencuba dan semoga berjaya…

Read More: Resepi Udang Galah Masak Lemak Dengan Nenas Paling Sedap

Asam Pedas Tongkol Ala Terengganu Paling Mudah dan Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *