Assalamu’alaikum…

Asam Pedas Melaka Asli Paling Sedap yang Wajib Cuba – Lama kita tak main masak-masak kan? asyik deco-deco aje. Ramai yang dah mula merungut nampaknya. Sebenarnya bukan tak nak kongsi resepi lagi, tapi kadang apa yang di masak pernah di kongsi sebelum ini. Kekangan masa dan kesibukkan yang tidak berpenghujung membantutkan lagi hasrat untuk berkongsi resepi dengan rakan-rakan yang saya sayangi ini.

Okey lah sebagai tidak menghampakan dan juga permulaan, kata orang nak start enjin tu. Kita panas-panaskan dulu dengan Asam Pedas Melaka Asli power meletup ni. Memang power dan memang meletup! panas berasap telinga di buatnya. Tak taulah mungkin cili yang saya guna kali ni pedas sangat barangkali. Itu saya tak letak cili api sebagaimana yang di kongsikan tuan empunya resepi ni. Kalau letak tak tahulah gamaknya, ada tercabut terus telinga ni.

Bagi yang nak cuba resepi ni, bolehlah kurangkan cili kering tu. Bagi yang tak suka pedas berasap ya, jangan letak cili padi dan kurangkan juga sukatan lada hitam. Bila lada hitam bertembung pulak dengan cili kering dan cili api, di tambah lagi halia dan serai, mau tak berasap telinga di buatnya.

Resepi ni memang sedap!!! walaupun pedas berasap, masih lagi terasa powernya tu. Makan dengan ikan goreng dan sambal belacan pun dah bertambah-tambah di buatnya nasi di pinggan. Tapi yang saya punya ni, tak payah sambal belacan. Kalau tambah sambal belacan, bukan telingan aje yang tertanggal dengan kepala-kepala sekali pun boleh tercabut tau!

Okey kita tak payah sembang banyak, saya pun banyak lagi tugasan yang menanti. Kalau ada masa kita sembang lagi ya?… Jom layan Asam Pedas Melaka ni dulu ya. Kali ni saya guna ikan tenggiri untuk resepi kali ni. Adoiii… mahal betulah harga ikan sekarang. Sekali gi pasar beli ikan aje dah 2 keping duit seratus melayang. Kadang terbayang jugak, sampai bila lah situasi ini akan berlanjutan. Jangan di fikirkan lah, kita makan Asam Pedas sambil urut dada dan bersyukur dengan rezeki yang terhidang di depan mata. Jom kita tengok resepi…

Resepi Lainnya:

Bahan-bahan:

  • 4 ketul ikan pari / parang / tenggiri dibasuh bersih
  • 3 batang serai dititik
  • 1 sudu teh halba
  • Daun kesum
  • Bungan kantan
  • Bendi / terung
  • Air asam jawa secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Bahan dikisar:

  • 5 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
  • 2 cm halia
  • 15 cili kering kisar
  • 3 cm belacan
  • 2 cm kunyit hidup
  • 1 sudu lada hitam

Cara-cara Memasak:

  • Panaskan minyak dan tumis halba sehingga kekuningan. Masukkan bahan dikisar dan serai.
  • Tumis sehingga garing dan pecah minyak.
  • Masukkan gula, daun kesum dan bunga kantan.
  • Masukkan ikan, kacau seketika. Masukkan air asam jawa.
  • Masukkan bendi. Perasakan dengan garam dan biar dia mendidih.
  • Asam Pedas Melaka siap untuk dihidang bersama nasi panas.

Petua:

  1. Asam pedas melaka ni kalau letak belacan lagi kick.. kalau sapesape yang gatal hidung tu, jangan la letak… kang saya tak tanggung…
  2. Kalau nak rasa kesedapan lagi.. biar masak awal 3 @ 4 jam b4 nak makan… lagi lama lagi sedap coz baru sebati rasa dia tu… Lagi pekat, lagi sedap…
  3. Menggunakan ikan fresh, lagi terasa kesedapannya.. sampai boleh hirup itu kuah…
  4. Asam pedas asli melaka ni, lepas korang dah basuh tangan walau sabun pon, bau dia masih melekat kat tangan… for sure menjadi la tuh.. hehehehe-(saya setuju..memang melekat kat tangan..lepas mandi pun masih bau lagi )

Ramai orang yang minat Asam Pedas Melaka Asli ini tapi banyak juga yang tidak tahu cara membuatnya dan semoga resepi yang saya kongsikan ini boleh menjadi berguna. Sampai jumpa di resepi sedap berikutnya ya. Selamat Mencuba…

Read More: Kari Ikan Bawal Hitam Paling Lazat Terkini

Asam Pedas Melaka Asli Paling Sedap yang Wajib Cuba

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *