Assalamu’alaikum…

Bila sebut acar ikan masin, mesti ada yang tanya, boleh simpan lama ke?… Insha Allah boleh dan anda kenalah tumis rempah dia dengan minyak yang lebih sedikit. Bila dah sejuk, masukkan ke dalam botol, pastikan ia tenggelam sedikit dalam minyak yang anda guna untuk menumis rempah. Kalau nak makan cecok isi saja lah, jangan dikaut sekali dengan minyak acar, lepas tu komplen…eeeee berminyaknya, macam mana nak makan ni, part ni tak boleh nak salah kan siapa-siapa. Kalau sendiri yang dah bingai…jadi gunakan akal ok.

Satu lagi acar ikan masin ni sedikit manis, yang ni terpulang pada citarasa anda, kalau suka manis, letak lebih sikit gula, kalau suka manis-manis buah boleh kurangkan gula. Macam tu juga dengan garam, jangan lambak banyak-banyak terus, letak sikit dulu, kemudian rasa, kalau perlu baru tambah lagibo, leh faham tak?.. Kalau ok, meh sini saya kasi tulis resepi.. Sila layari juga channel youtubenya di SINI.

Bahan-bahan:

  • 300 gram isi ikan masin (ikan talang/ikan kurau/ikan merah)
  • 200 gram gula 2 inci halia (dimayang halus)
  • 100 gram kismis
  • 100 gram lobak asin
  • 1 sk serbuk jintan manis
  • 1 sk serbuk jintan putih
  • 1 sk serbuk kunyit 10 ulas bawang merah (biarkan sebiji-sebiji)
  • 1/2 cawan cuka (saya campurkan sekali dengan jus limau kasturi)
  • 1 cawan minyak untuk menumis
  • 1 sb bijan goreng

Bahan Kisar:

  • 10 tangkai cili kering
  • 5 cm halia
  • 10 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih

Cara-cara Membuat:

  • Ikan masin dipotong kecil dan gorengkan. Ketepikan.
  • Panaskan minyak. Tumis bahan kisar, jintan serta serbuk kunyit hingga wangi dan pecah minyak.
  • Masukkan cuka dan gula. Kacau rata.
  • Bila sudah mendidih, masukkan pula kismis dan lobak asin. Biarkan seketika.
  • Sebaik mendidih, masukkan ikan dan bawang. Gaul rata.
  • Taburkan bijan goreng.

Sangat mudah dan senang kan untuk membuat resepi Acar Ikan Masin Lazat Terkini ini?… Sila cuba di rumah dan jangan lupa untuk terus melawat blog masakan saya. Saya akan sentiasa berkongsi resepi yang memudahkan untuk mengatasi masalah dapur anda. Jika anda masih mahu resepi lain untuk melihat resepi yang telah kami sediakan dalam laman carian. Jangan lupa untuk share dengan rakan-rakan yang lain, jika anda menyukai apa yang telah saya kongsikan. Semoga yang telah dikongsikan dapat bermanfaat. Selamat Mencuba…

Read More: Resepi Ikan Goreng Bersos Simple dan Paling Sedap

Incoming search terms:

Acar Ikan Masin Ringkas dan Lazat Terkini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *