Assalamu’alaikum…

Kali ini saya nak kongsikan 2 Resepi Ikan Keli yang Patut Untuk Dicuba. Jom cuba bagi siapa sahaja yang sangat senang dengan ikan keli ini.

Ikan Keli Asam Pedas yang Sedap dan Istimewa

Bahan-bahan:

  • Ikan Keli (rendam dengan air asam jawa selama 30 minit)
  • Selepas 30 minit, basuh lendir-lendir ikan keli
  • Bawang merah, bawang putih, halia (di kisar halus)
  • Cili kering (di kisar halus)
  • Asam jawa
  • Sedikit serbuk kunyit (sebagai mencantikkan warna kuah)
  • Daun kesum
  • Terung / Bendi
  • Garam
  • Air Secukup rasa (saya tak guna ajinomoto)

Cara Memasak Ikan Keli Asam Pedas:

  • Panaskan minyak
  • Masukkan bawang kisar dan cili kisar.
  • Kacau hingga garing
  • Masukkan secubit serbuk kunyit. Kacau lagi.
  • Masukkan air (ikut suka. kalau suka cair banyakkan air)
  • Perah air asam jawa. Agak-agak rasa asam.
  • Masukkan daun kesum
  • Tunggu sampai kuah mendidih
  • Masukkan terong. Tunggu terong agak-agak layu.
  • Masukkan garam dan secukup rasa.
  • Masukkan ikan keli dan bendi.
  • Biarkan mendidih. Tak perlu lama sebab isi ikan keli sangat lembut.
  • Sedia untuk dihidang.

Sila layari juga channel youtubenya RMI Chef klik SINI.

Resepi Ikan Keli Salai Masak Lemak Cili Padi Lazat yang Menggugah Selera

Bahan-bahan:

  • 1-1 1/2 kg ikan keli
  • 15-20 biji cili padi (kalau nak pedas tambah lagi)
  • 1/2 kg santan pekat-500ml santan
  • 600ml air
  • 1 inci kunyit
  • 1 inci halia
  • 1 helai daun kunyit-disiat-siat
  • 2 batang serai-di titik hujung
  • 5 biji limau kasturi (ambil jus)
  • Sedikit kunyit serbuk ataupun kunyit hidup
  • Garam secukupnya

Cara-cara Membuat:

  • Bersihkan ikan keli dengan asam jawa dan garam. Bilas dan tos.
  • Perahkan air limau kasturi dan biarkan dalam 30 minit.
  • Bersihkan pisang…buang kulit sedikit dan rendam dalam air bercampur asam keping dan garam.
  • Bilas semula ikan keli dan letak garam dan kunyit serbuk. (akak suka bubuh kunyit hidup) Salai di atas arang.
  • Tumbuk cili api, kunyit hidup, garam dan halia. Titikkan serai.
  • Masukkan bahan yang telah di tumbuk bersama santan pekat dalam periuk. Tinggalkan sedikit yer utk masukkan penghabisan nanti.
  • Gunakan api perlahan dan kacau selalu sehingga santan mendidih.(takut naik minyak)
  • Bila dah mendidih, masukkan ikan keli salai, daun kunyit dan pisang.
  • Bila mendidih sekali lagi..masukkan garam dan lebihan santan pekat. Biarkan mendidih lagi dan rasa dulu baru di tuang jus limau kasturi tadi.
  • Cepat-cepat padamkan api…boleh segera di makan bersama ikan kering, cencalok ataupun sambal belacan…..waduhhhh boleh tambah 2-3 pinggan tau..

Selamat mencuba kedua resepi yang menyelerakan ini…

Read More: Resepi Kari Kepala Ikan Salmon yang Mudah dan Paling Sedap

2 Resepi Ikan Keli yang Patut Untuk Dicuba

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *